Latar Belakang Team

INDIEPENDENT PARANORMAL KELANTAN (Persatuan Pengkaji Paranormal Bebas Kelantan) adalah salah satu komuniti bebas yang tidak ada kontrak khusus bagi mereka yang menyertai yang aktif menjalankan kajian dan penyiasatan tentang perkara2 berkaitan dengan kejadian2 aneh,misteri dan luar biasa iaitu aktiviti paranormal di negeri Kelantan Darul Naim.

Salam Pembuka Bicara


Assalamualaikum dan salam sejahtera 1MALAYSIA buat semua pengunjung dan pembaca blog kami.Terima kasih kami ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk sudi berkongsi maklumat mengenai perkara2 misteri dan mistik berkenaan dengan paranormal di Kelantan. Kami merasa teruja dan terharu atas sokongan semua pihak samada dari sektor kerajaan atau swasta kerana sudi memberi peluang kepada kami melakukan aktiviti mengkaji serba sedikit tentang mengenai apakah itu paranormal.Jadi teruskan bersama kami dari semasa ke semasa dan kami akan berusaha mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai kejadian2 misteri yang berlaku di sekitar negeri kami Kelantan ini.Terima kasih

Pengertian Paranormal Seluruh Dunia

APA ITU PARANORMAL? PARANORMAL adalah sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan tepat. Pengertiannya meluas dan bukan hanya terhad kepada Pra-sains, telepati, telekinesis dan sebagainya. Sesuatu perkara yang pelik atau aneh yang sukar dijelaskan secara tepat melalui ilmu yang sedia ada boleh dikategorikan sebagai paranormal. Alam mistik atau alam ghaib, perihal melibatkan kebatinan atau kerohanian, fenomena UFO (Unidentified Flying Object), Bigfoot merupakan diantara cabang paranormal yang sering mendapat perhatian pengkaji paranormal seluruh dunia.

Friday, December 31, 2010

Lima sekeluarga diserang api misteri (KOSMO! 1-1-2011)

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

ZAINAB melihat serangan api misteri yang berlaku di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu semalam.




KOTA BHARU - Sebuah keluarga di Kampung Penambang Bunga Emas, dekat sini dihantui dengan 'serangan' api misteri sejak empat hari lalu.
Lebih menyeramkan, gangguan tersebut bukan setakat kemunculan api tetapi keluarga terbabit turut menghadapi beberapa lagi gangguan aneh lain.
Antara kejadian aneh itu ialah duit hilang tetapi dipulangkan semula, tilam dipenuhi telur pecah dan hirisan bawang goreng bertaburan serta tong beras dituang sirap dan budu.
Penghuni rumah itu, Zainab Sulaiman, 73, memberitahu, beliau tinggal di rumah tersebut sejak 32 tahun lalu tetapi api misteri tersebut hanya muncul sejak Isnin lalu dan telah membakar lebih seratus pasang baju miliknya serta menantu dan cucu beliau selain beberapa dua buah tilam dan langsir juga turut terbakar secara tiba-tiba.
"Kira-kira pukul 11 pagi tiga hari lalu, saya terbau hangit seperti ada benda terbakar dan sebaik memasuki bilik, saya terkejut apabila bilik tersebut berasap dan beberapa pakaian di dalam almari terbakar sebelum mengeluarkannya dan memadamkan api.
"Sejak dari itu api tersebut banyak kali muncul dan membakar pakaian termasuklah hari ini (semalam) sahaja, sudah lebih lima kali ia muncul dan kami terpaksa berjaga-jaga sehingga tidak tidur pada waktu malam kerana bimbang berlaku kebakaran," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Sumber - KOSMO! (1-1-2011)

No comments:

Post a Comment