Latar Belakang Team

INDIEPENDENT PARANORMAL KELANTAN (Persatuan Pengkaji Paranormal Bebas Kelantan) adalah salah satu komuniti bebas yang tidak ada kontrak khusus bagi mereka yang menyertai yang aktif menjalankan kajian dan penyiasatan tentang perkara2 berkaitan dengan kejadian2 aneh,misteri dan luar biasa iaitu aktiviti paranormal di negeri Kelantan Darul Naim.

Salam Pembuka Bicara


Assalamualaikum dan salam sejahtera 1MALAYSIA buat semua pengunjung dan pembaca blog kami.Terima kasih kami ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk sudi berkongsi maklumat mengenai perkara2 misteri dan mistik berkenaan dengan paranormal di Kelantan. Kami merasa teruja dan terharu atas sokongan semua pihak samada dari sektor kerajaan atau swasta kerana sudi memberi peluang kepada kami melakukan aktiviti mengkaji serba sedikit tentang mengenai apakah itu paranormal.Jadi teruskan bersama kami dari semasa ke semasa dan kami akan berusaha mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai kejadian2 misteri yang berlaku di sekitar negeri kami Kelantan ini.Terima kasih

Pengertian Paranormal Seluruh Dunia

APA ITU PARANORMAL? PARANORMAL adalah sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan tepat. Pengertiannya meluas dan bukan hanya terhad kepada Pra-sains, telepati, telekinesis dan sebagainya. Sesuatu perkara yang pelik atau aneh yang sukar dijelaskan secara tepat melalui ilmu yang sedia ada boleh dikategorikan sebagai paranormal. Alam mistik atau alam ghaib, perihal melibatkan kebatinan atau kerohanian, fenomena UFO (Unidentified Flying Object), Bigfoot merupakan diantara cabang paranormal yang sering mendapat perhatian pengkaji paranormal seluruh dunia.

Tuesday, January 4, 2011

ANTARA SEDAR ATAU TIDAK.....

Ramai yang beranggapan makhluk halus atau 'hantu' di klasfikasikan sebagai sumber tenaga aneh yang pelik jarang dapat dilihat dengan mata kasar sebaliknya hanya bag imereka yang tertentu sahaja yang mempunyai daya penglihatan seolah2 dianugerahkan pancaindera keenam dari Allah s.w.t Yang Maha Pencipta.Ini kerana tidak semua dapat menjelaskan dengan tepat bahawa 'mereka' ini benar2 wujud walhal ianya dari kejadian syaitan danjin yang wajib kita percayai dalam Islam.Tidak dapat dinafikan lagi kewujudan mereka banyak mempengaruhi kehidupan manusia seharian kerana ianya melibatkan sifat kerohanian.Penjelasan terhadap kes2 paranormal atau fenomena aneh sekaligus menjadi panduan bagi mengenal pasti punca atau dari mana ianya bermula dan berlaku.Pemikiran manusia sangat terhad dan tidak boleh melampaui batas2 mengenai hal2 yang melibatkan kehidupan selepas mati.

No comments:

Post a Comment