Latar Belakang Team

INDIEPENDENT PARANORMAL KELANTAN (Persatuan Pengkaji Paranormal Bebas Kelantan) adalah salah satu komuniti bebas yang tidak ada kontrak khusus bagi mereka yang menyertai yang aktif menjalankan kajian dan penyiasatan tentang perkara2 berkaitan dengan kejadian2 aneh,misteri dan luar biasa iaitu aktiviti paranormal di negeri Kelantan Darul Naim.

Salam Pembuka Bicara


Assalamualaikum dan salam sejahtera 1MALAYSIA buat semua pengunjung dan pembaca blog kami.Terima kasih kami ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk sudi berkongsi maklumat mengenai perkara2 misteri dan mistik berkenaan dengan paranormal di Kelantan. Kami merasa teruja dan terharu atas sokongan semua pihak samada dari sektor kerajaan atau swasta kerana sudi memberi peluang kepada kami melakukan aktiviti mengkaji serba sedikit tentang mengenai apakah itu paranormal.Jadi teruskan bersama kami dari semasa ke semasa dan kami akan berusaha mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai kejadian2 misteri yang berlaku di sekitar negeri kami Kelantan ini.Terima kasih

Pengertian Paranormal Seluruh Dunia

APA ITU PARANORMAL? PARANORMAL adalah sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan tepat. Pengertiannya meluas dan bukan hanya terhad kepada Pra-sains, telepati, telekinesis dan sebagainya. Sesuatu perkara yang pelik atau aneh yang sukar dijelaskan secara tepat melalui ilmu yang sedia ada boleh dikategorikan sebagai paranormal. Alam mistik atau alam ghaib, perihal melibatkan kebatinan atau kerohanian, fenomena UFO (Unidentified Flying Object), Bigfoot merupakan diantara cabang paranormal yang sering mendapat perhatian pengkaji paranormal seluruh dunia.

Friday, December 31, 2010

Lima sekeluarga diserang api misteri (KOSMO! 1-1-2011)

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

ZAINAB melihat serangan api misteri yang berlaku di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu semalam.




KOTA BHARU - Sebuah keluarga di Kampung Penambang Bunga Emas, dekat sini dihantui dengan 'serangan' api misteri sejak empat hari lalu.
Lebih menyeramkan, gangguan tersebut bukan setakat kemunculan api tetapi keluarga terbabit turut menghadapi beberapa lagi gangguan aneh lain.
Antara kejadian aneh itu ialah duit hilang tetapi dipulangkan semula, tilam dipenuhi telur pecah dan hirisan bawang goreng bertaburan serta tong beras dituang sirap dan budu.
Penghuni rumah itu, Zainab Sulaiman, 73, memberitahu, beliau tinggal di rumah tersebut sejak 32 tahun lalu tetapi api misteri tersebut hanya muncul sejak Isnin lalu dan telah membakar lebih seratus pasang baju miliknya serta menantu dan cucu beliau selain beberapa dua buah tilam dan langsir juga turut terbakar secara tiba-tiba.
"Kira-kira pukul 11 pagi tiga hari lalu, saya terbau hangit seperti ada benda terbakar dan sebaik memasuki bilik, saya terkejut apabila bilik tersebut berasap dan beberapa pakaian di dalam almari terbakar sebelum mengeluarkannya dan memadamkan api.
"Sejak dari itu api tersebut banyak kali muncul dan membakar pakaian termasuklah hari ini (semalam) sahaja, sudah lebih lima kali ia muncul dan kami terpaksa berjaga-jaga sehingga tidak tidur pada waktu malam kerana bimbang berlaku kebakaran," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Sumber - KOSMO! (1-1-2011)

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat tahun baru di ucapkan kepada semua pembaca2 blog kami.Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini menjadikan blog kami sebagai bacaan umum kalian semua.Tidak banyak yang ingin kami katakan,semoga kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik pada anda semua bahan2 yang lebih menarik dan lebih berinformasi.Terima kasih dan SELAMAT TAHUN BARU 2011 ;)

Wednesday, December 29, 2010

AWAN BERBENTUK JENAZAH DI KELANTAN (PETIKAN DARI AKHBAR KOSMO! 29-6-2010)


KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatanLapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.
Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal MahiranChe Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen AskarMelayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itupada pukul 6.40 pagi. Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut."Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugasdi balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalandi kem tersebut. "Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangansupaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazahsetinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun darilangit," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut.

Sumber - http://mforum3.cari.com.my/archiver/?tid-492151.html

Saturday, December 25, 2010

MOMOK JANGAN PANGGIL AKU OFFICIAL TRAILER 3 MINUTES

PERALATAN PERMULAAN MENGKAJI PARANORMAL

Di atas adalah beberapa peralatan asas yang mudah di dapati untuk permulaan bagi mereka yang baru memulakan aktiviti penyiasatan paranormal seperti buku nota,walkie talkie mini,torch light,kompas, bola span dan bedak.

Friday, December 24, 2010

KES MISTERI "PENUNGGU" DI PENAMBANG

Arif sedang meninjau kawasan persekitaran demi menjaga keselamatan peserta

Penduduk sedang meneliti kerja2 pencarian entiti di kawasan kampung mereka

Alang sedang menunjukkan sesuatu yang terpapar di skrin kameranya.

Mengambil gambar kawasan sekitar tempat kejadian aneh.
Meneliti kawasan sekitar sekiranya menjumpai apa2 yang mencurigakan

Pangkal pokok yang sangat aneh


Abe Hanafi terlihat sesuatu di sekitar kawasan namun tidak pasti apakah yang di lihat itu samada lembaga atau sebaliknya.

Ada satu objek yang terbentuk menyerupai pocong di celah2 rimbunan belukar tapi kelihatan samar2

Muka kepenatan..hahaha


kesan tinggalan tiang rumah yang masih ada di sekitar kawasan ini menjadi bukti pada dahulunya ada sebuah rumah papan usang pernah didirikan di kawasan ini.

Satu lagi kesan tinggalan tiang rumah yang masih ada di sekitar kawasan ini menjadi bukti pada dahulunya ada sebuah rumah papan usang pernah didirikan di kawasan ini.

Disini Abe Hanafi melihat kelibat lembaga yang menyerupai pontianak bertenggek di celah2 rimbunan belukar


Pose maut hehehe

Meja kayu yang sudah usang

Disini lah mengikut dakwaan penduduk sekitar yang ternampak kelibat lembaga bertenggek yang kononnya selalu kelihatan pada waktu malam gelap.

Pokok ini dikatakan menjadi tumpuan lembaga tersebut menunggu

Bergambar kenangan bersama salah seorang ahli baru kumpulan kami iaitu Aida.

Masa untuk bergerak pulang

Tuesday, December 21, 2010

Pengertian Alam Ghaib

Alam ghaib merujuk kepada alam halus, dimensi ghaib atau alam yang mempunyai sifat berbeza dengan alam fizikal ini. Ini termasuk alam akhirat, alam makhluk halus, dan pada masa sekarang ia seumpama alam dimensi ke 4,5, 6, dan seumpamanya.

Pada zaman dahulu, alam ghaib ini merangkumi makhluk halus seperti jin, orang bunian, belaan atau (saka), dan seumpamanya.

Pada masa kini, alam ghaib turut merangkumi dimensi berbeza contohnya dimensi ke 4.

Alam ghaib tidak dapat dilihat dengan deria manusia, walaupun terdapat segelintir manusia yang mengaku memiliki deria yang cukup kuat (ampuh) sehinggakan dapat melihat dan berhubung dengan alam ghaib.

Disebabkan perubahan zaman, istilah yang berlainan digunakan. Sebagai contoh, pada masa dahulu orang percayakan tentang orang bunian yang menetap di alam ghaib. Pada masa sekarang pula orang bunian dipanggil pula makhluk asing yang tinggal di dimensi yang berlainan.

SANTAI MAMBANG PENDEKAR BUJANG LAPUK

MISTERI LOTENG BANGLO TINGGAL





















Wednesday, December 8, 2010

Misteri video klip Achik Spin & Siti Nordiana - Adat Berkasih (No Vocal)


CUBA KALIAN TENGOK PADA DURASI MASA 0:40 HINGGA 0:44 SAAT !!!!
ADA LEMBAGA MUNCUL DI SEBELAH ARWAH ACHIK SPIN
(VIDEO INI SUDAH LAMA SEBELUM KEMATIAN ARWAH PENYANYI)

Sunday, December 5, 2010

Pengertian Tentang Makhluk Halus Di Kelantan.



MAKHLUK halus ada di mana-mana kerana selain manusia mereka juga sebenarnya berkongsi alam dengan kita. Cuma manusia tinggal di alam realiti yang dapat dilihat oleh mata zahir manusia, berbeza pula dengan makhluk tersebut yang hidup di alam ghaib. Berdasarkan corak kehidupan, manusia suka hidup berkumpulan di tempat yang mudah dan jelas dilihat berbanding makhluk halus yang gemar kepada suasana sunyi dan jauh dari hiruk-pikuk suara yang bising. Sekiranya di kawasan tersebut dihuni individu manusia yang bermasalah sama ada diserang penyakit dan mudah lemah semangat ternyata amat disukai makhluk ghaib tersebut untuk mencari peluang yang hanya diketahui oleh kalangan makhluk tersebut sahaja.

Namun, tidak selesai setakat itu sahaja kerana sudah menjadi sifat makhluk halus apabila kali pertama dapat menyusuri sesebuah kawasan sunyi yang menjadi kegemarannya, makhluk berkenaan akan bertandang pula untuk kali yang berikutnya. Jika tidak dibersihkan, tentunya kawasan berkenaan akan menjadi perkampungan mereka dan makhluk berkenaan akan menghuni di tempat itu pula dan  kehadiran makhluk ghaib itu seolah-olah sedang membuat tinjauan yang memungkinkan keturunan mereka untuk menetap dan berkampung di kawasan itu.

Friday, December 3, 2010

KAJIAN DI BANGLO TINGGAL

Seorang peserta menunjukkan imej yang berjaya ditangkap yang berkemungkinan gambar entiti.
Penampakan orbs kecil 

Kelihatan satu lembaga kecil sebelah kiri atas seolah2 seperti muka manusia
dari pandangan sisi

Orbs kecil di atas sisik tingkap


Orbs yang kelihatan samar2

Orbs yang kelihatan samar tadi jelas kelihatan setelah kali kedua  gambar  posisi ini di tangkap.


Kelihatan di pintu masuk belakang dapur ada satu lembaga putih yang samar2 namun masih tidak pasti akan itu. 
Orbs yang berlainan saiz kelihatan dalam satu lajur barisan

Orbs kecil

Satu lembaga putih yang kelihatan samar2 di luar tingkap berenda rumah hadapan.

Orbs kecil yang kelihatan samar2 di pokok

Orbs jenis cincin

Penampakan satu wajah seorang lelaki yang memakai kacamata hitam di sudut penjuru tiang luar rumah bahagian hadapan.

Orbs di sekitar pokok jelas kelihatan.

Salah seorang pengkaji sedang meneliti gambar yang di tangkap didalam handphone berkamera seorang peserta