Latar Belakang Team

INDIEPENDENT PARANORMAL KELANTAN (Persatuan Pengkaji Paranormal Bebas Kelantan) adalah salah satu komuniti bebas yang tidak ada kontrak khusus bagi mereka yang menyertai yang aktif menjalankan kajian dan penyiasatan tentang perkara2 berkaitan dengan kejadian2 aneh,misteri dan luar biasa iaitu aktiviti paranormal di negeri Kelantan Darul Naim.

Salam Pembuka Bicara


Assalamualaikum dan salam sejahtera 1MALAYSIA buat semua pengunjung dan pembaca blog kami.Terima kasih kami ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk sudi berkongsi maklumat mengenai perkara2 misteri dan mistik berkenaan dengan paranormal di Kelantan. Kami merasa teruja dan terharu atas sokongan semua pihak samada dari sektor kerajaan atau swasta kerana sudi memberi peluang kepada kami melakukan aktiviti mengkaji serba sedikit tentang mengenai apakah itu paranormal.Jadi teruskan bersama kami dari semasa ke semasa dan kami akan berusaha mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai kejadian2 misteri yang berlaku di sekitar negeri kami Kelantan ini.Terima kasih

Pengertian Paranormal Seluruh Dunia

APA ITU PARANORMAL? PARANORMAL adalah sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan tepat. Pengertiannya meluas dan bukan hanya terhad kepada Pra-sains, telepati, telekinesis dan sebagainya. Sesuatu perkara yang pelik atau aneh yang sukar dijelaskan secara tepat melalui ilmu yang sedia ada boleh dikategorikan sebagai paranormal. Alam mistik atau alam ghaib, perihal melibatkan kebatinan atau kerohanian, fenomena UFO (Unidentified Flying Object), Bigfoot merupakan diantara cabang paranormal yang sering mendapat perhatian pengkaji paranormal seluruh dunia.

Sunday, December 5, 2010

Pengertian Tentang Makhluk Halus Di Kelantan.



MAKHLUK halus ada di mana-mana kerana selain manusia mereka juga sebenarnya berkongsi alam dengan kita. Cuma manusia tinggal di alam realiti yang dapat dilihat oleh mata zahir manusia, berbeza pula dengan makhluk tersebut yang hidup di alam ghaib. Berdasarkan corak kehidupan, manusia suka hidup berkumpulan di tempat yang mudah dan jelas dilihat berbanding makhluk halus yang gemar kepada suasana sunyi dan jauh dari hiruk-pikuk suara yang bising. Sekiranya di kawasan tersebut dihuni individu manusia yang bermasalah sama ada diserang penyakit dan mudah lemah semangat ternyata amat disukai makhluk ghaib tersebut untuk mencari peluang yang hanya diketahui oleh kalangan makhluk tersebut sahaja.

Namun, tidak selesai setakat itu sahaja kerana sudah menjadi sifat makhluk halus apabila kali pertama dapat menyusuri sesebuah kawasan sunyi yang menjadi kegemarannya, makhluk berkenaan akan bertandang pula untuk kali yang berikutnya. Jika tidak dibersihkan, tentunya kawasan berkenaan akan menjadi perkampungan mereka dan makhluk berkenaan akan menghuni di tempat itu pula dan  kehadiran makhluk ghaib itu seolah-olah sedang membuat tinjauan yang memungkinkan keturunan mereka untuk menetap dan berkampung di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment