Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal MahiranChe Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen AskarMelayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itupada pukul 6.40 pagi. Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut."Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugasdi balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalandi kem tersebut. "Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangansupaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazahsetinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun darilangit," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut.
Sumber - http://mforum3.cari.com.my/archiver/?tid-492151.html
No comments:
Post a Comment